kaedah nyah ranjau kemanusiaan masakini Nyahranjau

Pengesan logam Foerster Minex 2FD 4.500 yang digunakan oleh Tentera Perancis.

Pengesan logam pertama kali digunakan, selepas ciptaan mereka oleh pegawai Poland Jףzef Kosacki.[4] Ciptaannnya dikenali sebagai pengesan periuk api Poland digunakn oleh pihak berikat bagi membersihkan medan periuk api Jerman semasa Pertempuran El Alamein Kedua apabila 500 unit dihantar kepada Field Marshal Montgomery.[5][6]

Langkah pertama bagi nyah ranjau secara insani adalah untuk mengesan kawasan tersebut dengan menggunakan pengesan logams,[7] yang cukup sensitif bagi mengesan kebanyakan periuk api tetapi turut menghasilkan sekitar seribu positif palsu bagi setiap periuk api.[8] Sesetengah periuk api, dirujuk sebagai periuk api logam minima, dibina dengan seberapa sedikit logam - sesedikit 1 gram (0.035 oz) - yang menjadikan ia sukar dikesan. Periuk api tanpa logam sepenunya telah dicipta, tetapi adalah jarang. Kawasan di mana logam di kesan diperiksa dengan teliti untuk menentukan kehadiran periuk api; pemeriksaan perlu diteruskan sehingga objek yang mencetus pengesan logam dijumpai.

Anjing

Anjing yang terlatih dengan baik mampu mencium bahan kimia letupan seperti TNT pada periuk api, dan digunakan di beberapa negara.[9]

Tikus

Seperti anjing, tikus berpoket gergasi ("Giant pouched rat") turut dilatih untuk mencium bahan kimia seperti TNT pada periuk api.[10] Tikus ini kini digunakan di medan periuk api di Mozambique dan dilatih di Tanzania oleh APOPO.[11] Tikus ini dikenali sebagai HeroRATS.

Haiwan ini juga memiliki kelebihan memiliki jisim badan jauh lebih rendah berbanding manusia biasa. Ia berkemungkinan kecil untuk mencetus periuk api kecil yang mensasar untuk mencederakan atau membunuh manusia, jika haiwan pengesan bom melintas langsung di atas periuk api yang tertanam.

Pembersihan mekanikal

Mesin khas mengabung secara berkesan operasi mengesan periuk api dan menyingkirkannya. Di masa lalu, mesin sebegini digunakan bagi pembersihan periuk api dan nyah ranjau tetapi kini pada umumnya hanya digunakan bagi nyah ranjau. Ia boleh digunakan bagi memastikan kawasan yang tidak dianggap dicemari atau sebagai langkah keselamatan tambahan selepas sesuatu kawasan telah dibersihkan menggunakan kaedah lain, seperti menggunakan anjing.

Kaedah penggolek periuk api berasal semasa Perang Dunia Pertama dan kaedah pembanting periuk api semasa Perang Dunia Kedua tetapi kedua-dua masih digunakan. Tidak satupun sistem tersebut boleh diharap sepenuhnya dan kedua-dua kaedah akan meninggalkan periuk api yang tidak meledak, memerlukan medan periuk api diperiksa menggunakan kaedah lain. Keberkesanan pembanting periuk api boleh menghampiri 100% dalam keadaan sesuai, tetapi kadar pembersihan serendah 50–60% telah dilaporkan.[12] Ini jauh di bawah piwaian 99.6% yang ditetapkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu bagi nyak ranjau.[8]

  • Peranti bajak periuk api -peranti di hadapan kereta kebal yang membongkar tanah, mendedahkan sebarang periuk api atau membalikkan ia terbalik, yang mengurangkan dengam banyaknya kesan ledakan.
  • Mengubah suai jentolak lengan panjang nyah-periuk api sedang digunakan di beberapa negara. Ia memiliki keupayaan bagi menyingkir tumbuhan sebelum nyah periuk api dan mampu menahan periuk apai anti-perseorangan dan anti-kereta kebal. Lengan panjangnya memberikan kelebihan mengurangkan kerosakan kepada badan utama, terutama pada ruang pengendali. Kaca setebal tiga inci (9 cm) melindungi pengendali dari periuk api terarah.[13][14]

Baru-baru ini, pihak tentera telah membangunkan kenderaan nyah ranjau berperisai, dan jentolak berperisai khas, yang dikawal dari jauh. Ini menghilangkan risiko kepada nyawa pengendali. Contoh penting adalah Caterpillar D7 MCAP (USA) dan Raam HaShachar Caterpillar D9N (Israel).